Zaara & her new hair....
Hihihi...bile ade anak perempuan ni...memang la rasa sayang kalau potong rambut dia...bio je panjang senang nak toncit,leh letak reben lawa-lawa....tapi tu la zaara ni,tak suka ikat rambut...asal ikat rambut je,mesti dia buka...eii geram aku!bukan nye ape,rimas rambut depan dia yang panjang tu dok jolok-jolok kena mata....mak aku tak habis-habis bebel suh potong...kate nye nanti mata anak juling dok asyik tengok rambut depan mata dia tu...yeke?tak pernah aku dengar pun..aku sebenar nye tak nak potong bukan ape...nak rambut tu sama panjang dengan rambut belakang dia...senang nak ikat nanti....tapi weekend hari tu aku rasa serabut tengok dia...rambut berjurai-jurai,hingus meleleh-leleh...eiii comot!so aku ajak la hubby g kedai gunting rambut depan dia tu..hubby suh gunting sendiri je..bukan senang nak gunting sendiri...dia mesti tak mo duk diam nye...kang terjolok gunting ke mata dia...so bawa la g kedai gunting kat simpang jalan depan nun....ingatkan boleh la duduk kan dia atas kerusi...ermmm tak de mana nye....di cengkam nye aku ni kuat-kuat,tak mo duduk kat kerusi...nak tak nak,gunting berdukung la...memula ok je dia senyap tadah je...kali kedua nak betulkan balik dah tak mo duk diam...xpe la janji dah potong...tak kisah la senget sikit pun...hahahahaha.....
written by
AZZAILA
Bila anak memberontak....(bagus untuk renungan bersama)
Gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera.Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atu rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.“Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.“Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak.Tabiat kerap menangis atau memberontak untuk mendapatkan sesuatu memang sering digunakan kanak-kanak dalam menarik perhatian orang dewasa.“Sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tabiat kanak-kanak dengan syarat mesti konsisten.“Sebahagian besar ibu bapa berasa malu jika anak mereka meronta-meronta dan menangis di kedai kerana mahukan sesuatu.“Tip paling baik, jangan beri apa yang dimahukan ketika mereka menangis atau memberontak, sebaliknya beri apabila mereka berkelakuan baik.
“Ibu bapa juga jangan kalah dengan tangisan kerana jika kita mengalah, itu hanya akan menambahkan galak mereka.“Lama-kelamaan, mereka akan gunakan taktik air mata itu setiap kali permintaan mereka tidak dipenuhi.“Sebaik-baiknya bersabarlah dengan kerenah mereka dan jangan berputus asa. Katakan kepada mereka, hajat mereka akan dipenuhi jika berkelakuan baik.“Kerana itu, konsisten sangat penting supaya anak-anak tidak keliru, “Jika anak memberontak, jangan lekas menghukum, apalagi terus merotan mereka. Adalah penting ibu bapa dan guru cuba mendekati perasaan mereka mengapa mereka berkelakuan begitu,”
written by
AZZAILA
Subscribe to:
Posts (Atom)


